BEING ALONE 2
Bila Dah Adapt Ngan Kehidupan Baru Dalam Bekerja, Akak Mula Fikir Tentang Masa Depan. Dengan Gaji Yang Ada Masih Belum Mampu Untuk Menyewa Rumah Sendiri, Inikan Pula Nak Cari Orang Jaga Anak, So Akak Buat Mana Yang Mampu Dulu Ler.
Tempat Kerja Akak Menggalakkan Pekerja Untuk Sambung Belajar, So Akak Kau Sambung Belajar Dan Ambil Exam Pada Penghujung Tahun.. Dapat 4 Distinction Kau.. English, Malay, Maths & Science.
Memandangkan Akak Kau Minat Bab Mesin2 Letronik, Kena Pulak Kerja Kilang Letronik, Cari Lah Kursus2 Pendek Bab Elektrikal… Bila Ada Kelapangan, Akak Balik Sungai Jernih…. Namun Apa Kan Daya, Anak Akak Dah Di Angkut Ke Sarawak. Kesekian Kali Dan Kesekian Kalinya Balik Sg Jernih…. Hampa…
Walau Hati Keciwa Tak Dapat Berjumpa Dengan Anak, Sebab Akak Dididik, Dibesarkan Oleh Mak Sonah, Akak Kau Tak Pandai Melawan Walau Dalam Hati Sekali Pun… Ontok Je Lah Dengan Penuh Kesabaran.
Akak Carry On Dengan Kehidupan, Kerja, Dapat Gaji, Kumpul Barang, Masa Tu Sibuk Ngan Tupperware.
Satu Hari, Akak Balik Kerja, Teman Serumah Gitau Ada Orang Cari…Teman Tu Pulak Tersengih-sengih…Hensem Lah, Rah. Puas Dok Fikir Manusia Hensem Mana Lah Yang Datang Cari Akak Kau Ni. Masa Tu Wajah Suami Akak Ni Ala-Ala Val Kilmer, Noq!
Malam Tu Beliau Timbul Bersama Anak Buah Dari Singapore… My Husband Ghopanya. Dapat Alamat Dari Mak Ayah Dia Ler Tu. See You Tempat Biasa Esok, Ya… Dia Kata… Tempat Biasa Tu Di State, Petaling Jaya, Tempat Kami Tinggal Selepas Bernikah.
Bermula Lah Kembali Kehidupan Suami Isteri Sampai Ler Akak Kau Mengandung Anak Kedua. Tak Lama Lepas Mengandung, Suami Hadapi Masalah Dan Terus Balik Ke Kg Sg Jernih. Dan Bermula Lah Episod Tinggal Keseorangan Lagi. Akak Mengalami Masalah Low Blood Pressure, Setiap Minggu Kena Gi Klinik Di Bangsar Untuk Cocok Montot….Sakit Woooo. Ada Masa Nyilu Tulang Kaki, Makan Masa Untuk Berjalan Balik…. Sorang2.
Sebelum Due Date Awal September 1977, Akak Dah Balik Sg Jernih, Sambung Pre- Natal Kat Hospital Terendak Camp. Bukan Sebab Suami Askar… Sebab Bini2 Askar Plan Taknak Anak, Jadi....Dari Dibiar Kosong, Mereka Bukalah Kepada Orang Awam.
Comments
Post a Comment